Pentadbiran BHEPP

  • PDF
  • Print
  • E-mail

PENTADBIRAN
BAHAGIAN HAL EHWAL DAN  PEMBANGUNAN PELAJAR



Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar merupakan satu jabatan yang terpenting di dalam pentadbiran Universiti, yang bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) dan mengendalikan urusan pentadbiran dan kawalan termasuk kewangan, aktiviti pelajar, perancangan dan tatatertib. Aspek kaunseling, kesukanan, kebudayaan, penginapan, bantuan kewangan, pemajuan dan kebajikan pelajar juga di bawah bahagian ini.

Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan tentang kebajikan pelajar dan semua aspek pemajuan pelajar. Kebajikan pelajar mengandungi perkara-perkara yang berhubung kait dengan penginapan, masalah kewangan, peribadi, makanan, keselamatan dan sebagainya. Manakala hal pemajuan pelajar adalah meliputi kegiatan-kegiatan persatuan, kelab, sukan, kebudayaan, debat, kepimpinan, motivasi dan sebagainya. Bahagian ini berhasrat untuk menjadikan kegiatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, seimbang dengan kegiatan akademik dan pelengkap utama kepada proses pemajuan diri pelajar.

Dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab seharian terhadap kebajikan mahasiswa Universiti, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar berperanan membantu pihak Universiti mencapai matlamat utamanya yang dinyatakan di atas melalui:

  • Perancangan pembangunan fizikal dalam aspek-aspek penginapan, sukan, kebudayaan dan juga perkhidmatan pentadbiran kepada pelajar. Sebagai contoh, penyediaan kemudahan asrama, perkhidmatan bas komuter, pusat mahasiswa di mana pelajar boleh menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan dan aspek-aspek lain yang berkaitan.

  • Pengawalan disiplin dan perilaku pelajar berpandukan Akta dan peraturan yang diluluskan oleh kerajaan dan pihak berkuasa universiti.

  • Peningkatan kualiti perkhidmatan di mana usaha berterusan dijalankan bagi memenuhi kehendak pelanggan iaitu pelajar.

  • Konsep perkhidmatan mesra pelajar di mana jabatan ini sentiasa menggalakkan hubungan yang rapat dan terbuka dengan pimpinan Persatuan dan Kelab.

  • Penganjuran sesi percambahan dan penyatuan fikiran melalui bengkel dan penyelidikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelajar.

Share this post

Last Updated on Tuesday, 03 May 2011 19:03

 

Syndication

Facebook

Who's Online

We have 7 guests online

Web Statistics

Content View Hits : 93113

Sharing is Caring